-50%

Fakhrul Reza Lelaki Obsesif Discount

Original price was: $36.00.Current price is: $18.00.
0 reviews
20 people are viewing this right now
Estimated Delivery:
14 - 21 Mar, 2025
Trust Badge
Guaranteed safe & secure checkout

Description

“Saya tak rela jadi isteri seorang pembunuh dan hidup dengan manusia penipu macam awak, jadi saya mohon tolong lepaskan saya sekarang juga. Saya penat Fakhrul, tolonglah lepaskan saya…” – Era

Semua orang kata Schaera beruntung bersuamikan Fakhrul Reza namun ada rahsia yang terbongkar sebaik sahaja Era menjejakkan kaki ke rumah suaminya. Hati Era dilanda tsunami. Era nekad untuk bercerai.

“Sayang boleh cakap apa sahaja yang sayang nak cakap tentang abang. Tapi melepaskan sayang tak pernah ada dalam kamus hidup abang. Kalau ya pun kita nak berpisah, hanya kematian yang akan memisahkan kita.” – Fakhrul

Fakhrul tak berputus asa memujuk rayu isterinya namun Era tetap enggan terpedaya. Keadaan bertambah rumit apabila Era disahkan mengandung. Era semakin tersepit!

“Aku tak nak anak ni sebab dia anak kau, Fakhrul!” – Era

Fakhrul mengalah. Demi sebuah jiwa, dia mengasingkan diri buat seketika. Tetapi perpisahan sementara bertukar menjadi dua tahun lamanya. Fakhrul menghilangkan diri tanpa sebarang berita! Hairul yang mencintai Era selama ini menawarkan diri untuk menjadi pengganti Fakhrul. Era kebingungan. Menerima Hairul bermakna pengakhir untuk ikatan yang kian tetas. Kemunculan Rina menyebabkan hati Era semakin goyah.

“Rina menyesal sebab percaya dengan janji-janji palsu Abang Rul. Semua lelaki sama sahaja, pandai berjanji tapi tak pandai nak tepati. Habis madu sepah dibuang.” – Rina

Tergamakkah Schaera memutuskan hubungannya dengan Fakhrul sedangkan lelaki itu masih terlalu berharap? Adakah Schaera mampu mempercayai Fakhrul dan membina istana dari luka-luka semalam? Dan pada akhirnya apakah kesudahan kisah mereka berdua?

 

Dimensi: 12.5 x 2.5 x 20 cm

Related products

coretravelus.shop © 2025 All Rights Reserved

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Description
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Add to cart
Click outside to hide the comparison bar
Compare