Gelap (New Cover) Online Sale

Description
Kejap! teriak Anip. At least… bagitau aku sapa kau?
Orang yang memakai baju hujan tadi perlahan-lahan membuka hood yang menutup kepala. Wajahnya masih samar kerana ketiadaan sumber cahaya.
Kau… Reaksi Anip jelas menunjukkan dia sedang terkejut.
Farewell, Anip, balas orang itu ringkas.
Orang itu menggenggam beberapa biji batu yang kemudiannya dilempar serentak ke atas pokok.
Tass!
Bunyi dengung terus saja kedengaran pada ketika sarang lebah itu pecah menghempas bumi.
My God!
Eva seolah tidak percaya. Tangan yang menekap mulutnya ditekan semakin kuat tatkala melihat sekawan lebah sedang terbang mengerumuni Anip. Bunyi buzzing yang terhasil dari sayap kiri dan kanan lebah yang mengibar laju kedengaran agak kuat. Dan itu bukanlah satu petanda yang baik, obviously.
Additional Information
Title | Default Title |
---|