-50%

Inspektor Adzriel Hot on Sale

Original price was: $30.00.Current price is: $15.00.
0 reviews
25 people are viewing this right now
Estimated Delivery:
13 - 20 Mar, 2025
Trust Badge
Guaranteed safe & secure checkout

Description

Kau tau rasanya kehilangan arah? Kau tau rasanya melangkah dengan jiwa yang penuh berdarah?

Benar, waktu seakan-akan pergi memadam lara yang berduri. Namun, waktu jua tidak mampu menyembuhkan bayangan silam yang kekal menghantui diri.

Percayalah, bukan mudah dia berjuang, tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk teruskan hidup menegakkan ikrar seorang polis. Bagi Adzriel Rafiq, dia tidak boleh lemah.

Sebuah kes rumit membawa Adzriel dan rakan seperjuangannya, Aqlan Alfarizqi ke Terengganu. Di sana, dia bertemu Naaila Malaiqa yang merupakan adik kepada Aqlan, yang akhirnya mencetuskan huru-hara di dalam hidupnya.

Ketika ancaman mula mengintai, Naaila pula yang menjadi sasaran.

“Satu jari kau mendarat atas dia aku takkan lepaskan kau! Jangan! Sentuh! Dia!” – Adzriel Rafiq

Satu demi satu rahsia terbongkar. Pahit untuk mengunyah pengkhianatan demi pengkhianatan yang memaksa mereka untuk menelan. Trauma yang bertahun semakin membaik, kembali memberi sakit yang berjangkit. Insiden demi insiden yang terjadi telah mengheret Naaila sekali.

“Siapa cakap tak ada? Semua manusia ada hak untuk berubah. Manusia tak ada yang sempurna.” – Naila Malaiqa

Mengapa Adzriel yang menjadi sasaran dan Naaila dijadikan umpan?

“Walaupun berkali-kali kebaikan dijatuhkan oleh kejahatan, namun sampai masa kebaikan akan bangkit. Kejahatan akan tetap kalah dengan kebaikan. Jiwa syaitan takkan dapat kalahkan kuasa Tuhan.” – Aqlan Alfarizqi

Kanan dan kiri, semua tidak kena. Kau berada di titik kehancuran hanya kerana kebencian yang kau imaginasikan untuk menjatuhkan manusia lain, sedangkan watak utama dan cerita itu kau karang untuk kepuasaan hakiki.

Adakah semua tanda tanya yang mendominasi bakal terjawab?

Dan yang penting… benarkah Adzriel pengkhianat yang berselindung di sebalik waraknya seorang manusia?

“Ini balasannya jika manusia mengkhianati manusia. Akan aku hancurkan mereka dengan tangan aku sendiri!”

Related products

coretravelus.shop © 2025 All Rights Reserved

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Description
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Add to cart
Click outside to hide the comparison bar
Compare